Pada 9 September 2024, YB Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah MASA telah dijemput oleh ISEAS – Yusof Ishak Institute untuk menjadi panel bagi seminar yang bertajuk ‘A Credible Alternative? Perikatan Nasional’s View of Malaysia’s Future’. Sesi seminar tersebut dikendalikan oleh Dr. Lee Hwok Aun, Felo Kanan Pengajian Malaysia dan Program Pengajian Ekonomi Serantau ISEAS.
Menerusi sesi seminar tersebut, beliau membincangkan mengenai kedinamikan parti politik serta perjuangan idealisme bagi menyuarakan hak seluruh rakyat Malaysia, sama ada di bandar ataupun luar bandar demi menjamin kesejahteraan masa depan negara.
Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇
FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com