[PEMACU Intelek] Sesi Perbincangan Meja Bulat antara Institut Masa Depan Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia berkaitan Pendidikan Perubahan Iklim

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah mengadakan perbincangan terarah bersama penyelidik-penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 9 Februari 2022 bertempat di Institut Masa Depan Malaysia. Sesi ini adalah bagi membincangkan peluang kerjasama penyelidikan berkaitan pembangunan kompetensi dalam pendidikan perubahan iklim (climate change education) menerusi penerapan nilai/etika. Perbincangan tersebut telah disertai oleh enam (6) orang wakil dari UKM dan MASA.

Projek penyelidikan yang diusahakan UKM ini adalah di bawah Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

MASA menyambut baik usaha yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik UKM, dan akan meneroka ruang dan peluang berkaitan topik ini khususnya dalam penyediaan ringkasan polisi.

Info Program

Sesi Perbincangan Terarah Lepas
8 Februari 2022

Kongsi Program

Program Lain