[PEMACU Intelek] Penambahbaikan Dasar Perolehan Kerajaan Berkaitan Barangan/ Perkhidmatan Tempatan dan Bumiputera

OBJEKTIF

Kertas konsultasi ini menggariskan cadangan penambahbaikan ke atas dasar perolehan Kerajaan berhubung dua perkara berikut:

  1. Penguatkuasaan dasar penggunaan barangan/perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan. Objektif cadangan adalah:
  2. Melindungi dan membangunkan industri tempatan serta ekonomi domestik dengan menambah baik penguatkuasaan Dasar Barangan/Perkhidmatan Tempatan dalam perolehan Kerajaan; dan
  3. Mengurangkan kebergantungan kepada barangan import dan meningkatkan peluang pekerjaan dengan mengenal pasti sektor strategik tempatan yang berpotensi untuk diberi keutamaan dalam perolehan Kerajaan.
  4. Pemerkasaan pelaksanaan dasar keutamaan syarikat Bumiputera dalam perolehan Kerajaan. Objektif cadangan adalah:
  5. Menyokong matlamat meningkatkan keterangkuman (inclusivity) komuniti demi membina semula daya tahan (rebuilding resilience) negara; dan
  6. Menyokong matlamat Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB 2030) demi mempercepatkan pembangunan sosioekonomi Bumiputera, meningkatkan daya tahan dan kemampanan syarikat Bumiputera serta menambah baik tadbir urus keberhasilan Bumiputera.

Sumber: Kementerian Kewangan https://www.mof.gov.my/pdf/konsultasi-awam/Penambaikan-Dasar-Perolehan.pdf

Info Program

Sesi Perbincangan Terarah Lepas
9 September 2021
05:30pm-

Kongsi Program

Program Lain