Satu Mesyuarat Berkala dan Sesi Rundingcara Inisiatif Laporan Separuh Penggal Semakan Berkala Sejagat (UPR) Pusingan Ketiga bagi Malaysia 2018/2024 telah diadakan antara Centre for Human Rights Research & Advocacy (CENTHRA), dan Gabungan NGO-NGO Islam Sabah (CONCERN) serta Institut Masa Depan Malaysia (MASA) sebagai rakan penyelidikan.
Perbincangan selama lebih dua jam telah menyaksikan pembentangan analisa berkenaan isu orang tidak bernegara dan pelbagai usaha yang sedang dijalankan berkaitan perkara ini. Mesyuarat memutuskan lebih banyak usahasama dan sesi rundingcara perlu dilaksanakan pada masa akan datang.