[PEMACU Intelek] Latihan Penghakupayaan Penyelidikan (LEAP) Siri 3

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan meneruskan penganjuran siri Pengembangan Latihan Penghakupayaan Penyelidikan (LEAP) Siri 3 bertempat di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah pada 28 Mac 2022.

Penyertaan bagi latihan ini adalah dikalangan pakar bidang dan penyelidik dari universiti, aktivis dan pemimpin-pemimpin Organisasi Masyarakat Sivil Islam (ICSO) dan wakil daripada MASA. Program ini turut mendapat sokongan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP).

Fokus latihan LEAP ini adalah kemahiran advokasi serta mekanisme hak asasi manusia antarabangsa, bertujuan melatih para penyelidik di kalangan ahli akademik, aktivis serta pemimpin CSO mengenai kemahiran advokasi dan mekanisme hak asasi manusia antarabangsa.

Facebook : institutmasa
Twitter : institutmasa
LinkedIn : institutmasa
Web : institutmasa.com

#InstitutMASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama
#BinaLegasiUMK
#LEAP
@inspek_umk
@centhramalaysia
@hqmaiwp

Info Program

Sesi Perbincangan Terarah Lepas
28 Mac 2022

Kongsi Program

Program Lain