[PEMACU Intelek] Latihan Penghakupayaan Penyelidikan (LEAP) Siri 1

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan berperanan sebagai narasumber penyelidikan bagi suatu siri latihan yang dianjurkan Centre For Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA) dan Gabungan NGO-NGO Islam Sabah (CONCERN) buat julung kalinya pada 2 Januari 2022.

Latihan ini yang akan memberi fokus kepada kemahiran advokasi serta mekanisme hak asasi manusia antarabangsa, bertujuan melatih para penyelidik di kalangan ahli akademik, aktivis serta pemimpin CSO mengenai kemahiran advokasi dan mekanisme hak asasi manusia antarabangsa.

Dalam memfokus penyelidikan isu-isu berkaitan hak-hak Sivil dan Politik (Civil & Political Rights) dan Hak-hak Ekonomi, Budaya dan Sosial (Economic, Cultural & Social Rights), Institut Masa Depan Malaysia berbesar hati dapat menyumbang ke arah menghasilkan penyelidikan berkualiti dalam bidang-bidang kritikal berkaitan hak asasi manusia dan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG 2030).

Siri LEAP ini turut mendapat sokongan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Search

Info Program

Sesi Perbincangan Terarah Lepas
2 Januari 2022

Kongsi Program

Program Lain

9 Jan 2026
Program Lepas
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Malaya (GPMS UM) dengan kerjasama Institut...
3 Sep 2025
Program Lepas
Bengkel Penulisan Ringkasan Dasar MPDP 3.0 Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan...
4 Sep 2025
Program Lepas
MAJLIS PENGANUGERAHAN GERAN PENYELIDIKAN MPDP 3.0 Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan meraikan...
11 Jul 2025
Program Lepas
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan sukacitanya menjemput anda ke sesi wacana #RuangBelia: Dari...