[PEMACU Intelek] Khazanah Ekonomi Islam 4.0: Keselamatan Makanan Islam untuk KEI 4.0

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan sokongan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengadakan perbincangan tertutup yang bertajuk Khazanah Ekonomi Islam 4.0: Keselamatan Makanan Islam untuk KEI 4.0 pada 9 Februari 2022 bertempat di Institut Masa Depan Malaysia. Siri ini merupakan lanjutan daripada perbincangan Khazanah Ekonomi Islam siri 1 yang telah dijalankan pada Disember 2021.

Perbincangan tersebut telah disertai oleh sembilan (9) orang wakil dari YAPEIM dan MASA. Pelbagai isu-isu pembangunan ekonomi dan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan bagi menambahbaik ekonomi masyarakat Islam telah dibincangkan.

Hasil perbincangan memutuskan bahawa sesi perbincangan terarah sebegini perlu dianjurkan lagi bagi membolehkan usaha untuk memajukan ekonomi Islam diteruskan dan mencapai objektifnya.

Info Program

Sesi Perbincangan Terarah Lepas
9 Februari 2022

Kongsi Program

Program Lain