Kunjungan Penyelidikan ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah mengadakan kunjungan penyelidikan ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) di Putrajaya semalam.

Delegasi MASA diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Azril Mohd Amin dan disambut baik oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PLANMalaysia, Dr. Muhammad Hakimi Mohd Hussain, bersama-sama warga agensi berkenaan.

Kunjungan ini adalah sebahagian daripada siri libat urus bersama agensi dan pemegang taruh berkaitan di bawah Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP).

Penerima geran MPDP, Dr. Teh Bor Tsong dari Universiti Malaya (UM) telah membentangkan kajian beliau bertajuk _”Social, Economic and Environmental Factors Determining COVID-19 Severity in Malaysia: Lessons Learnt From Non-Phamaceutical Interventions (NPIs)” pada pertemuan itu.

Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu utama terutama dasar berkaitan kesihatan awam serta perancangan bandar sewaktu pandemik COVID-19, di samping membincangkan potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan demi manfaat bersama.

Info Program

Kunjungan Hormat Lepas
26 Oktober 2023

Kongsi Program

Program Lain