Kunjungan MASA ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

PUTRAJAYA: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Isnin, 15 Januari 2024, bersama-sama penerima geran penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) bertujuan membentangkan Ringkasan Dasar (Dapatan Kajian) penyelidik terbabit.

Dalam pertemuan itu, delegasi MASA diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Azril Mohd. Amin telah mengadakan perbincangan dengan pihak KPM pada sesi yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Dr. Latip Muhammad.

Empat tajuk kajian dibentangkan pada sesi kali ini iaitu, Sustainable Development Goals (SDG): From STEM to Employability oleh Profesor Dr. Teoh Sian Hoon dari Universiti Teknologi MARA (UTM);   Pelaksanaan Dasar Bantuan Pendidikan Murid B40: Cabaran, Jurang dan Strategi oleh Dr. Bity Salwana Alias dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Pengukuhan Kesejahteraan Masyarakat Menurut Kepelbagaian Ciri Demografi oleh Dr. Naziatul Aziah Mohd Radzi (UKM), dan; Government and Corporate Social Responsibility in Saving Livelihoods: Restrospective Lessons From Past COVID-19 Initiatives and Prospective Ways for Combating Future Pandemics oleh Profesor Lim Weng Marc, Dekan Sekolah Perniagaan Sunway University.

Info Program

Kunjungan Hormat Lepas
15 Januari 2024
09:00am-
12:00pm

Kongsi Program

Program Lain