Kunjungan Hormat MASA ke People’s College (PC) Pattani, Thailand

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) buat julung kalinya mengadakan kolaborasi penyelidikan dengan institusi di luar negara apabila membuat kunjungan ke atas People’s College (PC) di Pattani, Thailand pada 18 Ogos 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd. Amin mengetuai delegasi yang disertai oleh penganalisis penyelidikan Mohammad Zulhafiy Zol Bahari, Maryam Husna Maznorzuhairi, Adriana Asmaa’ Mohd Ezanee dan pelatih Abdul Manan Mohd Zamri.

Dalam kunjungan itu, Perbincangan Meja Bulat (RTD) telah diadakan di The River Hotel, Pattani, dengan barisan pensyarah dan penyelidik PC diketuai oleh Pengarahnya, Encik Adam Waeismaael Naesae.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai potensi kerjasama penyelidikan tentang pembangunan dan pembinaan semula masyarakat Thailand Selatan/Pattani, termasuk soal hak ekonomi, sosiobudaya dan isu rundingan damai di wilayah terbabit.

Facebook : institutmasa
Twitter : institutmasa
LinkedIn : institutmasa
Web : institutmasa.com

#InstitutMASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama
#JaringanKerjasama

Info Program

Kunjungan Hormat Lepas
18 Ogos 2022

Kongsi Program

Program Lain