Kunjungan Hormat Delegasi Fakulti Undang-Undang, Universitas Indonesia

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah menerima kunjungan delegasi Fakulti Undang-undang dari Universitas Indonesia pada 11 Ogos 2022.

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai potensi kerjasama yang boleh diteroka bersama melalui penghasilan input polisi dan cadangan strategik. Antara tumpuan perbincangan adalah penglibatan belia di Indonesia dalam proses membuat keputusan, politik, sosioekonomi dan pendigitalan zakat.

MASA diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Azril Mohd Amin dan penganalisis penyelidikan manakala rombongan Universitas Indonesia diketuai oleh Penolong Profesor (Hukum Islam), Dr. Yeni Salma Barlinti.

Facebook : institutmasa
Twitter : institutmasa
LinkedIn : institutmasa
Web : institutmasa.com

#InstitutMASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama
#JaringanKerjasama

Info Program

Kunjungan Hormat Lepas
11 Ogos 2022

Kongsi Program

Program Lain