Kunjungan Hormat delegasi Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah menerima kunjungan hormat delegasi Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 10 Ogos 2022.

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai potensi kerjasama yang boleh diteroka bersama melalui penghasilan input polisi dan cadangan strategik. Antara tumpuan perbincangan adalah isu-isu pendidikan politik, sosioekonomi dan pembangunan belia.

MASA diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Azril Mohd Amin dan penganalisis penyelidikan manakala rombongan FSPPP, UiTM diketuai oleh Dekan Fakulti, Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Mohamed Harith.

Facebook : institutmasa
Twitter : institutmasa
LinkedIn : institutmasa
Web : institutmasa.com

#InstitutMASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama
#JaringanKerjasama

Info Program

Kunjungan Hormat Lepas
10 Ogos 2022

Kongsi Program

Program Lain