Institut Masa Depan Malaysia (MASA) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada yang hadir dan menjayakan sesi forum ‘Akta Hasutan: Wajarkah Dikekalkan?’ yang dianjurkan di PAUM Clubhouse, semalam.
MASA juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan ahli panel dan moderator yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi pandangan tentang kewajaran dan penambahbaikan kepada Akta Hasutan 1948.
Menerusi perbincangan forum tersebut, Akta Hasutan perlu segera dinilai semula dan mengambil kira tahap pengetahuan masyarakat sivil berkenaan undang-undang ini agar memastikan ruang yang adil dan selamat dapat diberikan kepada rakyat untuk bersuara dan membincangkan isu-isu penting secara matang.
Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇
FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com
#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama