Hari ini, pelatih penganalisis penyelidikan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Maryam Zulkafly dan penganalisis penyelidikan MASA, Nur Zalikhaa’ Zainal Abidin, mengadakan satu lagi sesi perkongsian Bean Bag, memberi taklimat kepada rakan sekerja mengenai Buletin Suku Tahunan Suku Pertama 2024 BNM.
Maryam dan Zalikhaa’ telah menghadiri sesi libat urus, anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) di Sasana Kijang sempena pelancaran Buletin Suku Tahun (QB) Suku Pertama 2024 pada bulan lepas.
Sesi libat urus tersebut telah menyentuh isu ekonomi dan kewangan semasa Malaysia, termasuk inisiatif dasar yang dilaksanakan oleh BNM dalam usaha mencapai rancangan dan strateginya.
Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇
FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com
#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama