Bean Bag: Point Refleksi IKRAM bekenaan Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Terhadap Isu Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Kalangan Dewasa di Malaysia

Hari ini, Penganalisis Penyelidikan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Nur Zalikhaa’ Zainal Abidin, dan Eksekutif Komunikasi dan Pengurusan Strategik MASA, Liwani Che Long, mengadakan sesi Perkongsian Bean Bag, memberi taklimat kepada rakan sekerja mengenai isu perlindungan kanak-kanak.

Pada 21 Ogos 2024, Nur Zalikhaa’ dan Liwani telah menghadiri Simposium Pembinaan Negara Bangsa 2024, anjuran IKRAM dan Kajian Dasar IKRAM (KADRI) di Bangi Golf Resort. Salah satu topik utama yang dibincangkan ialah tahap pengetahuan, sikap dan amalan berkaitan isu perlindungan kanak-kanak dalam kalangan orang dewasa di Malaysia.

Perbincangan tersebut menggariskan kebimbangan terhadap perlindungan kanak-kanak, termasuk cabaran seperti pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan orang dewasa adalah penting kerana mereka memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu ini dan memastikan masa depan yang cerah untuk kanak-kanak di Malaysia.

Info Program

Lain-lain Lepas
30 Ogos 2024
10:30am-
11:00am

Kongsi Program

Program Lain