Pada hari ini, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) mengadakan satu lagi Sesi Perkongsian Bean Bag, yang disampaikan oleh pelatih penganalisis penyelidikan MASA, Maryam Zulkafly, dan penganalisis penyelidikan MASA, Nur Zalikhaa’ Zainal Abidin.
Maryam dan Zalikhaa’ telah menghadiri 2024 China-ASEAN Economic Seminar, anjuran bersama Sunway University dan rakan kongsi yang dihormati MASA, Guangzhou Institute of the Greater Bay Area (GIG) dan Belt & Road Initiative Caucus for Asia Pacific (BRICAP), baru-baru ini .
Mereka berkongsi input perbincangan dan pendapat yang diperolehi semasa seminar tersebut.
Hubungan China-ASEAN telah berkembang menjadi hubungan strategik yang komprehensif, dilihat menerusi pengukuhan integrasi ekonomi, hubungan perdagangan yang teguh dan kerjasama dalam pelbagai aspek.
Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇
FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com
#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama