Bean Bag: Diskusi Meneroka Enigma Keselamatan Digital Anak Muda

Hari ini, Eksekutif Bahagian Komunikasi Strategik dan Pengurusan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Liwani Che Long dan Muhammad Fadzil telah mengadakan sesi Perkongsian Bean Bag, memberi taklimat kepada rakan sekerja mengenai isu keselamatan digital dalam kalangan belia.

Pada 27 Ogos 2024, Liwani dan Muhammad Fadzil bersama Penganalisis Penyelidikan MASA, Nur Zalikhaa’ Zainal Abidin telah menghadiri Program Persidangan Meja Bulat (RTD) Siri 2/2024 bertajuk “Keselamatan Digital : Enigma Anak Muda” anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil. Tujuan RTD ini berfungsi sebagai platform yang boleh mengumpulkan idea, pandangan dan cadangan untuk meningkatkan suara dan aspirasi belia mengenai isu keselamatan digital, pembangunan Kecerdasan Buatan (AI) dan pengaruh media sosial.

Perkongsian tersebut mengetengahkan kebimbangan dan cabaran keselamatan digital yang dihadapi oleh belia di Malaysia kini. Dengan sokongan kerajaan dan institusi berkaitan, adalah penting untuk menyedari keperluan untuk meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan belia dan mendidik mereka tentang amalan dalam talian yang selamat, mencegah buli siber dan melindungi privasi mereka untuk menyediakan persekitaran digital yang lebih selamat untuk orang ramai.

Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇

FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com

#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama

Info Program

Lain-lain Lepas
27 September 2024
10:30am-
11:30am

Kongsi Program

Program Lain