Socioeconomic Insight No.4 / 2023: Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Menjejaskan Kedudukan Kewangan Rakyat

Tidak dinafikan, rakyat Malaysia telah merasai tekanan dalam perbelanjaan harian mereka. Inflasi tolakan kos (cost-push inflation) akibat kenaikan OPR Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan mengurangkan tekanan inflasinya memberi kesan meningkatkan lagi kos sara hidup di Malaysia. Walau bagaimanapun, isu kos sara hidup yang kian meningkat semakin menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat khususnya mengenai kesan dan puncanya.

Pada 3 Mei 2023, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus bagi meredakan kadar inflasi. Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) ini menyebabkan meningkatkan kos sara hidup rakyat dan menjejaskan kedudukan kewangan rakyat, secara amnya dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya:

  1. Peningkatan kos perbelanjaan ke atas item makanan dan minuman; dan
  2. Kadar bayaran hutang yang semakin membebankan.
Search

Kongsi Artikel

Artikel Lain

Siaran Media
KENYATAAN MEDIA HARI ANTIRASUAH ANTARABANGSA 2024 9 DISEMBER 2024 Tema Hari Antirasuah Antarabangsa...
Artikel
Oleh Muhammad Haqimie Aiman Rosli WARISAN budaya bangsa adalah elemen terpenting dalam memupuk...
Artikel
Oleh Mohamed Azmi Mohd Rasheed Khan Ketika Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan Ke-67 tahun...
Artikel
Oleh Khairul Syakirin Zulkifli One of the most important reforms critical for short-term...