Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP)

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PENYERAHAN GERAN PENYELIDIKAN
PROGRAM PEMBANGUNAN DASAR MASA (MPDP) 

7 FEBRUARI 2022

Geran penyelidikan yang diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Institut Masa Depan Malaysia (MASA) tahun lalu, mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila menerima sejumlah 134 kertas cadangan daripada 21 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan bukan kerajaan.

Kesemua kertas cadangan yang merangkumi tujuh (7) bidang keutamaan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah melalui proses tapisan awal oleh Sekretariat Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) diikuti penilaian oleh panel penilai terdiri daripada pakar bidang, mantan pegawai tinggi kerajaan serta ahli akademik yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sulaiman Mahbob.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 kertas cadangan dari 10 IPTA dan IPTS tempatan yang merangkumi topik kajian dalam bidang ekonomi, sosial, kebajikan, pendidikan serta pembangunan lestari telah disenarai pendek dan diputuskan layak oleh panel penilai untuk menerima geran penyelidikan MPDP.

Mereka yang terpilih dianugerahkan geran penyelidikan bernilai RM10,000 untuk setiap kertas ringkasan polisi yang bakal dihasilkan. Penerima Geran MPDP juga digalakkan untuk menerbitkan laporan penyelidikan masing-masing dalam jurnal terkemuka, sama ada di dalam atau luar negara.

MPDP diperkenalkan pada September tahun lalu bertujuan menyediakan peluang kepada penyelidik untuk memberikan input dan cadangan polisi bagi membantu proses pelaksanaan pemulihan negara serta strategi dan pelan kerajaan pasca COVID-19.

Institut MASA mengucapkan tahniah kepada Penerima Geran penyelidikan MPDP yang terpilih. Senarai Penerima Geran yang berjaya boleh dilayari di laman web Institut MASA di https://institutmasa.com/ms/geran-penyelidikan-program-pembangunan-dasar-masa-mpdp/. Syabas!

AZRIL MOHD AMIN

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Masa Depan Malaysia

 

Berikut adalah senarai lengkap Penerima Geran MPDP dan tajuk penyelidikan mengikut bidang:

BIDANG PEMULIHAN EKONOMI

1. The Role of the Share of Energy from Renewable Sources on FDI Inflows
Dr. Goh Lim Thye, Universiti Malaya (UM)

2. Micro SMEs Rescue Plan: No One is Left Behind
Dr. Foo Lee Peng, Tunku Abdul Rahman University College (TARUC)

3. Towards Enhancing Sustainability Practices Among SMEs: Awareness and Challenges
Dr. Wahidah bt Shari, Universiti Utara Malaysia (UUM)

4. Pembangunan Sabah ke Arah Mencapai Kelestarian Hidup Masyarakat dan Kunci Kepada Malaysia Sebagai Negara Maju 2025
Dr. Mohd Ikbal bin Mohd Huda, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

5. Big Data Analytics (BDA) Capability Model for SMEs: Post COVID-19
Dr. Mohammad Falahat Nejadmahani, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

6. Role of People with Disabilities towards Sustainability of Tourism Sectors in Malaysia
Ms. Kalai Vani A/P Kalimuthu, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

7. The Development of Youth Agropreneur Policy and Framework for Food Safety Sustainability and Poverty Reduction
Prof. Madya Dr. Sylvia @ Nabila Azwa bt Ambad, Universiti Teknologi MARA (UTM)

8. Government and Corporate Social Responsibilities for Malaysians’ Livelihoods During COVID-19: A Retrospective and Prospective Reflective Analysis of Initiatives in 2020 and Beyond
Dr. Cheong Huey Fen, Universiti Malaya (UM)

9. The Adoption of Digital Technology in Micro-Retail Enterprises
Dr. Sharifah Muhairah Shahabudin, Universiti Malaya (UM)

10. The Impact of COVID-Malaysia’s Emergency Mitigation Measure on 10 High-Value Crops
Prof. Madya Dr. Fatimah bt Kayat, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

11. Public Reactions and Acceptability on Carbon Tax Implementation in the Malaysian COVID-19 Economic Recovery Plan
Prof. Madya Dr. Izlawanie bt Muhammad, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

BIDANG SOSIAL DAN KEBAJIKAN

12. Kajian Kelestarian Perusahaan Sosial di Malaysia: Perspektif Pasca Pandemik COVID-19
Dr. Abu Hanifah bin Ayob, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

13. Social, Economic, and Environmental Factors Determining COVID-19 Severity in Malaysia: Lessons Learnt From Non-Pharmaceutical Interventions (NPIs)
Dr. Teh Bor Tsong, Universiti Malaya (UM)

14. Model T-Digital Dalam Memupuk Perpaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia
Dr. Khairul Azhar bin Meerangani, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

15. Grey Matter: An Examination of Malaysians Perspectives Towards Ageism and Impacts of Health
Prof. Dr. Choo Wan Yuen, Universiti Malaya (UM)

16. COVID-19 Outbreak-Analysis Visualization and Classification of Food Insecurity Among Vulnerable Groups
Prof. Madya Dr. Mohd Asrul Affendi bin Abdullah, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)

17. Exploring the Determinants of Community Well-being in Endemic Period: A Comparison Study between Rural and Urban Community
Dr. Naziatul Aziah bt Mohd Radzi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

18. Revitalizing the Urban B40 Communities Through The Development of a Multidimensional Integrated Community Sustainability Planning (ICSP) Framework
Dr. Peter Aning anak Tedong, Universiti Malaya (UM)

19. Elderly Adaptive City Planning-Bringing the Age-Friendly City Concept to Live
Dr. Nur Aulia bt Rosni, Universiti Malaya (UM)

20. Road Safety and Health Risks of Food Delivery Riders During COVID-Implications and Recommendations
Dr. Laila Suriya bt Ahmad Apandi, Universiti Utara Malaysia (UUM)

21. Family Digital Citizenship In Pandemic Recovery: Prospects, Challenges, and Policy Considerations
Prof. Madya Dr. Nor Diana bt Mohd Mahudin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

22. Ruang Hijau Bandar Sebagai Indeks Untuk Dasar Kesihatan Mental Mampan Semasa Pandemik
Prof. Madya Dr. Mohd Ramzi bin Mohd Hussain, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

23. Input Polisi Bagi Penyelesaian Kemiskinan Situasi Untuk Keperluan Pelan Pemulihan Negara (PPN)
Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

24. Ketahanan dan Kapasiti Adaptasi Sektor Ekopelancongan Terhadap Pandemik COVID-19: Kajian Kes Komuniti Setempat di Pulau Tioman
Dr. Siti Nor Liyana bt Harun, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 

BIDANG PENDIDIKAN

25. Sustainable Development Goals (SDG): From STEM to Employability
Prof. Dr. Teoh Sian Hoon, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

26. Pelan Pembangunan Dasar Pengurusan Pendidikan Murid B40
Dr. Bity Salwana bt Alias, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 

BIDANG PENGLIBATAN PIHAK BERKEPENTINGAN

27. Assessing Organizational Resources for Post Pandemic Resiliency and Employees’ Well-Being
Asst. Prof. Dr. Low Mei Peng, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

28. Human Capital Transformation in Talent Management Affecting Kelantan State Employee Performance During Pandemic COVID-19
Dr. Iskandar Hasan Tan bin Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

 

BIDANG SISTEM PENJAGAAN KESIHATAN

29. Increasing Medical Specialists in Malaysia: Beware of Vicious Cycle
Asst. Prof. Ts. Dr. Chang Jing Jing, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

30. Mental Health Services Mapping for School Going Children and Adolescents
Dr. Tengku Amatullah Madeehah bt Tengku Mohd, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

Kongsi Artikel

Artikel Lain

No data was found