Impak wabak COVID-19 telah membentuk satu jenis kemiskinan yang jarang kita sedari, iaitu kemiskinan situasi atau situational poverty. Apa yang dibimbangkan ialah terbentuknya kemiskinan situasi dalam skala besar di Malaysia. Andaian ini ada asasnya, kerana menurut World Bank, dijangkakan seramai 40 juta hingga 60 juta pertambahan individu menjadi miskin di seluruh dunia akibat dari wabak COVID-19. Dengan mempertimbangkan senario tersebut, kertas ini memberi tumpuan untuk 1) menganalisis cabaran yang dihadapi untuk keluar dari kemiskinan situasi; dan 2) menyediakan cadangan input polisi bagi penyelesaian kemiskinan situasi untuk keperluan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh kelompok miskin situasi untuk keluar dari kemiskinan situasi, kertas ini mendapati sembilan (9) cabaran utama yang dihadapi dan diperoleh daripada pelbagai pemegang taruh. Kertas ini turut memberi cadangan input polisi bagi penyelesaian kemiskinan situasi untuk keperluan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Secara berstruktur dengan mengelompokkan kepada tiga (3) tempoh masa yang berbeza, iaitu 1) jangka masa pendek (1 hingga 6 bulan), 2) jangka masa sederhana (7 hingga 12 bulan), dan 3) jangka masa panjang (setahun dan lebih). Senarai cadangan ini adalah untuk dipertimbangkan dan dimasukkan ke dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
#22 : Input Polisi Bagi Penyelesaian Kemiskinan Situasi untuk Keperluan Pelan Pemulihan Negara (MPN)
- Laporan Dasar, Program Pembangunan Dasar MASA
Kongsi Artikel
Artikel Lain
Artikel
Oleh Solahuddiin Ismail Mina Kemiskinan kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai mereka yang berada dalam...
Artikel
Oleh Muhammad Iman Khidir Tarmidzi Dalam struktur pentadbiran Malaysia, pihak berkuasa tempatan (PBT)...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA HARI GURU 2025 16 MEI 2025 Institut Masa Depan Malaysia (MASA)...
Artikel
Oleh Nur Zalikhaa’ Zainal Abidin It is clear that education does not always...