[PEMACU Intelek] Sesi Perbincangan Meja Bulat antara Institut Masa Depan Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia berkaitan Pendidikan Perubahan Iklim

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah mengadakan perbincangan terarah bersama penyelidik-penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 9 Februari 2022 bertempat di Institut Masa Depan Malaysia. Sesi ini adalah bagi membincangkan peluang kerjasama penyelidikan berkaitan pembangunan kompetensi dalam pendidikan perubahan iklim (climate change education) menerusi penerapan nilai/etika. Perbincangan tersebut telah disertai oleh enam (6) orang wakil dari UKM dan MASA.

Projek penyelidikan yang diusahakan UKM ini adalah di bawah Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

MASA menyambut baik usaha yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik UKM, dan akan meneroka ruang dan peluang berkaitan topik ini khususnya dalam penyediaan ringkasan polisi.

Search

Info Program

Sesi Perbincangan Terarah Lepas
8 Februari 2022

Kongsi Program

Program Lain

9 Jan 2026
Program Lepas
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Malaya (GPMS UM) dengan kerjasama Institut...
3 Sep 2025
Program Lepas
Bengkel Penulisan Ringkasan Dasar MPDP 3.0 Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan...
4 Sep 2025
Program Lepas
MAJLIS PENGANUGERAHAN GERAN PENYELIDIKAN MPDP 3.0 Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan meraikan...
11 Jul 2025
Program Lepas
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan sukacitanya menjemput anda ke sesi wacana #RuangBelia: Dari...