[PEMACU Wacana] Analisis Rancangan Malaysia Ke-12

Tahun 2021 adalah tahun pertama bagi tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Penyediaan RMKe-12 sangat mencabar berikutan pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan dunia. Dasar dan strategi yang akan diperkenalkan di bawah RMKe-12 menunjukkan komitmen Kerajaan bagi mencapai matlamat untuk merealisasikan negara makmur, inklusif dan mampan ke arah merealisasikan Pelan Pemulihan Negara.

RMKe-12 merupakan bahagian terakhir dalam pelan pemulihan negara di bawah pendekatan 6R iaitu reform bagi memastikan pembangunan yang inklusif meliputi agenda untuk menangani isu kemiskinan serta merapatkan jurang antara kumpulan pendapatan, kaum dan wilayah akan terus menjadi keutamaan.. Ini bagi memastikan Malaysia berada pada landasan yang kukuh bukan sahaja dalam menangani isu dan cabaran sosioekonomi semasa kesan pandemik COVID-19, tetapi juga untuk mencapai pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang mampan.

Search

Info Program

Seminar Lepas
1 Oktober 2021
10:00am-
12:00pm

Kongsi Program

Program Lain

9 Jan 2026
Program Lepas
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Malaya (GPMS UM) dengan kerjasama Institut...
3 Sep 2025
Program Lepas
Bengkel Penulisan Ringkasan Dasar MPDP 3.0 Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan...
4 Sep 2025
Program Lepas
MAJLIS PENGANUGERAHAN GERAN PENYELIDIKAN MPDP 3.0 Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan meraikan...
11 Jul 2025
Program Lepas
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan sukacitanya menjemput anda ke sesi wacana #RuangBelia: Dari...