Insitut Masa tawar geran penyelidikan

Institut Masa Depan Malaysia mengalu-alukan para penyelidik dan ahli akademik dari universiti dan institusi penyelidikan untuk mengambil bahagian dalam Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP).

Dalam kenyataan hari ini Institut Masa berkata mereka yang berminat perlu mengemukakan kertas cadangan penyelidikan yang mempunyai kaitan dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan untuk membawa keluar Malaysia dari kemelut pandemik COVID-19.

Kertas cadangan juga mesti menepati bidang-bidang fokus penyelidikan seperti ekonomi, sosial dan pembangunan lestari.

MPDP menawarkan geran bernilai sehingga RM10,000 untuk setiap cadangan penyelidikan yang terpilih. Pemohon yang berjaya boleh menerbitkan laporan penyelidikan masing-masing dalam jurnal yang terkemuka.

Setiap cadangan penyelidikan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2021 menerusi emel policy@institutmasa.com. Layari laman web kami di www.institutmasa.com atau hubungi Encik Mohd Noor Musa di talian 018-2072122.

Date: 28 September 2021
Source :  Suara Merdeka –  https://wacana.my/muhyiddin-mampu-bantu-negara-keluar-daripada-krisis/

Search

Kongsi Artikel

Artikel Lain

Siaran Media
KENYATAAN MEDIA HARI ANTIRASUAH ANTARABANGSA 2024 9 DISEMBER 2024 Tema Hari Antirasuah Antarabangsa...
Artikel
Oleh Muhammad Haqimie Aiman Rosli WARISAN budaya bangsa adalah elemen terpenting dalam memupuk...
Artikel
Oleh Mohamed Azmi Mohd Rasheed Khan Ketika Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan Ke-67 tahun...
Artikel
Oleh Khairul Syakirin Zulkifli One of the most important reforms critical for short-term...