Dinamika Persepsi Masyarakat

- Memahami pendapat awam yang sentiasa berubah adalah penting untuk menilai tahap pembangunan sosioekonomi dan politik di Malaysia.
- Berasaskan kepelbagaian budaya, agama, tradisi, ideologi, dan etnik di Malaysia, pendapat awam dibentuk oleh pelbagai faktor, termasuk keberkesanan prestasi kerajaan, kebimbangan masyarakat, dasar negara, hubungan etnik, dan dinamik politik.
- Elemen-elemen ini secara kolektif mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap hala tuju dan kemajuan negara.
- Dengan komitmen untuk menyumbang kepada wacana dasar sosioekonomi yang berimpak tinggi kepada rakyat Malaysia, Institut MASA (MASA) telah mengambil inisiatif membangunkan Dinamika Persepsi Masyarakat (DPM) bertujuan untuk mengukur dan merungkai kepelbagaian pendapat awam di Malaysia.
- MASA komited untuk menyediakan pandangan yang adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak melalui hasil penyelidikan yang berpandukan kaedah metodologi yang ketat. Inisiatif juga ini menekankan prinsip panduan kepekaan budaya, dan pertimbangan privasi serta etika.
- Inisiatif DPM dirancang untuk dilaksanakan dalam jangka masa dua kali setahun bagi mengumpul maklum balas dan memantau kesinambungan pola pendapat awam secara konsisten.
- Semoga dengan perkongsian dapatan kajian ini memberi menfaat kepada pihak-pihak berkepentingan dan pembuat dasar dalam merangka serta membahaskan dasar yang tepat dan selaras dengan kehendak rakyat.