IDS, MASA meterai MoU bidang penyelidikan, kongsi kepakaran

SHAH ALAM – Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang penyelidikan, khidmat masyarakat serta perkongsian kepakaran.

IDS dan MASA dalam satu kenyataan bersama berkata, antara topik penyelidikan yang bakal dijalankan adalah mengenai ekonomi akar umbi di Sabah.

Menurut kenyataan tersebut, pemeteraian MoU itu susulan daripada kunjungan hormat MASA ke IDS pada 2022, yang membolehkan kedua-dua pihak meneroka bidang penting penyelidikan dalam merangka input dasar dan strategi pembangunan negara.

“Kedua-dua pihak bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, penganjuran program, persidangan, perkongsian kepakaran dan jaringan komuniti.

“Diharapkan melalui pemeteraian MoU ini, usaha untuk memahami isu dan cabaran sosioekonomi di Malaysia, khususnya di Sabah dapat dicapai menerusi aktiviti penyelidikan tersebut.

“Ini juga selari dengan objektif Sabah Maju Jaya 2021-2025,” katanya pada Isnin.

MoU terbabit ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Dr Ramzah Dambul dan Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd Amin di Wisma IDS.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi IDS, Datin Hasnah Samsudin serta Ketua Komunikasi Strategik dan Pengurusan MASA, Marhaini Kamaruddin.

#MASAuntukMakmurBersama

Source: https://www.sinarharian.com.my/article/663212/berita/nasional/ids-masa-meterai-mou-bidang-penyelidikan-kongsi-kepakaran

Search

Share Article

More Article

Article
By Solahuddiin Ismail Mina Jangka hayat ketika lahir adalah satu anggaran purata umur...
Article
By Mohamad Fauzi Ahmad Meskipun ekonomi Malaysia bergantung pada permintaan domestik, sumbangan bumiputera...
Article
By Muhammad Iman Khidir Tarmidzi Siswazah muda dalam dekad kebelakangan ini, terperangkap dalam...
Article
By Muhammad Iman Khidir Tarmidzi Dalam struktur pentadbiran Malaysia, pihak berkuasa tempatan (PBT)...