IDS, MASA meterai MoU bidang penyelidikan, kongsi kepakaran

SHAH ALAM – Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang penyelidikan, khidmat masyarakat serta perkongsian kepakaran.

IDS dan MASA dalam satu kenyataan bersama berkata, antara topik penyelidikan yang bakal dijalankan adalah mengenai ekonomi akar umbi di Sabah.

Menurut kenyataan tersebut, pemeteraian MoU itu susulan daripada kunjungan hormat MASA ke IDS pada 2022, yang membolehkan kedua-dua pihak meneroka bidang penting penyelidikan dalam merangka input dasar dan strategi pembangunan negara.

“Kedua-dua pihak bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, penganjuran program, persidangan, perkongsian kepakaran dan jaringan komuniti.

“Diharapkan melalui pemeteraian MoU ini, usaha untuk memahami isu dan cabaran sosioekonomi di Malaysia, khususnya di Sabah dapat dicapai menerusi aktiviti penyelidikan tersebut.

“Ini juga selari dengan objektif Sabah Maju Jaya 2021-2025,” katanya pada Isnin.

MoU terbabit ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Dr Ramzah Dambul dan Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd Amin di Wisma IDS.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi IDS, Datin Hasnah Samsudin serta Ketua Komunikasi Strategik dan Pengurusan MASA, Marhaini Kamaruddin.

#MASAuntukMakmurBersama

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/663212/berita/nasional/ids-masa-meterai-mou-bidang-penyelidikan-kongsi-kepakaran

Search

Kongsi Artikel

Artikel Lain

Artikel
Oleh Mohamed Azmi Mohd Rasheed Khan Pendidikan adalah instrumen paling berkuasa dalam pembinaan...
Artikel
Oleh Solahuddiin Ismail Mina MESKIPUN Malaysia mempunyai majoriti Muslim, sentimen negatif terhadap Islam...
Artikel
Oleh Mohamed Azmi Mohd Rasheed Khan With Malaysia moving towards compulsory secondary education,...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA HARI WANITA ANTARABANGSA 2025 8 MAC 2025 Bersempena dengan Hari Wanita...