Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan webinar bertajuk, ‘Belanjawan 2025: Merapatkan Jurang Sosioekonomi Untuk Masyarakat Terpinggir’, pada 23 Oktober 2024 bermula 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari menerusi aplikasi Zoom dan Facebook Live.
Masyarakat terpinggir di kalangan Bumiputera, terutamanya di Sabah dan Sarawak, memerlukan perhatian khusus dalam Belanjawan 2025 bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Webinar ini akan membincangkan cabaran sosioekonomi di negeri-negeri ini, serta dasar-dasar bersasar untuk menangani jurang pendapatan, akses pendidikan, kesihatan, dan peluang pekerjaan.
Anda semua dipelawa untuk menyertai webinar ini dengan mendaftar di https://bit.ly/WebinarBelanjawan2025 atau imbas kod QR.
Ikuti perkembangan terkini MASA melalui sosial media
FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Website : institutmasa.com
#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama