Majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 3.0

4 September 2025 |
Program Lepas

MAJLIS PENGANUGERAHAN GERAN PENYELIDIKAN MPDP 3.0

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan meraikan kecemerlangan penyelidikan dasar melalui Majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 3.0 yang bakal berlangsung pada 4 September 2025 bertempat di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Clubhouse.

Majlis ini akan disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Md Yassin, Pengerusi MASA, yang akan menyampaikan sijil penganugerahan kepada 16 penyelidik terpilih sebagai penerima geran MPDP 3.0.

Bertemakan “Pemerkasaan Bumiputera dan Kemakmuran Bersama”, MPDP 3.0 merupakan kesinambungan daripada inisiatif yang diperkenalkan sejak September 2021.

Program ini telah menjadi platform utama dalam memperkasa penyelidikan dasar berimpak tinggi, selaras dengan agenda Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Sejak diperkenalkan, MPDP telah menyokong puluhan projek penyelidikan yang memberi input bernilai kepada pembuat dasar, sekali gus mengukuhkan peranan MASA sebagai pusat pemikiran strategik negara.

Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇️

FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com

#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama

Search

Info Program

Program Lepas
4 September 2025
02:00pm-
05:00pm

Kongsi Program

Program Lain

3 Sep 2025
Program Lepas
Bengkel Penulisan Ringkasan Dasar MPDP 3.0 Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan...
4 Sep 2025
Program Lepas
MAJLIS PENGANUGERAHAN GERAN PENYELIDIKAN MPDP 3.0 Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan meraikan...
11 Jul 2025
Program Lepas
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan sukacitanya menjemput anda ke sesi wacana #RuangBelia: Dari...
24 Feb 2025
Program Lepas
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan #RuangTokoh: Perlembagaan dan Isu Semasa, sebuah sesi...