Lawatan Ilmiah MASA ke Muzium Kesenian Islam Malaysia

Pada 13 Ogos 2024, warga Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah menyertai satu lawatan ilmiah ke Muzium Kesenian Islam Malaysia, mengamati karya-karya seni Islam yang berharga dari seantero dunia.

Pengalaman ini memberikan pendedahan dan ilmu baharu yang sejajar dengan komitmen MASA dalam sentiasa meningkatkan pengetahuan dan penghargaan terutamanya terhadap budaya Islam di seluruh dunia.

Lawatan ini juga memberi peluang yang bermakna untuk kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beberapa kakitangan yang bakal menamatkan perkhidmatan dengan MASA, menjadikan pengalaman ini sebagai memori indah dalam perjalanan kami bersama.

Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇

FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com

#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama

Info Program

Lain-lain Lepas
13 Ogos 2024
10:45am-
02:00pm

Kongsi Program

Program Lain