Kunjungan Hormat MASA ke Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (MASA), En. Azril Mohd Amin, Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi Strategik, Pn. Hamidah Atan serta Penganalisis Penyelidikan En. Mohd Noor Musa, En. Sim Why Jean dan Cik Adriana Asmaa’ Mohd Ezanee telah membuat kunjungan penyelidikan ke Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 28 Julai 2022.

Pada kunjungan ini, MASA telah bertukar-tukar pandangan melalui satu sesi perbincangan meja bulat (RTD) bersama kumpulan penyelidik FUPL berkaitan isu-isu sosiopolitik semasa seperti isu kemiskinan, pemerkasaan ekonomi kelompok B40, negara bangsa dan kepimpinan, di samping meneroka peluang kerjasama penyelidikan pada masa akan datang.

Dalam sesi RTD, UniSZA diwakili para pensyarah Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) yang diketuai oleh Dekannya, Prof. Madya To’ Puan Dr. Nizaita Omar.

Facebook : institutmasa
Twitter : institutmasa
LinkedIn : institutmasa
Web : institutmasa.com

#InstitutMASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama
#JaringanKerjasama

Info Program

Kunjungan Hormat Lepas
28 Julai 2022

Kongsi Program

Program Lain