Bean Bag: Lensa Pandang InsPeK terhadap Kemiskinan Kanak- Kanak di Malaysia

Hari ini, penganalisis penyelidikan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Nur Zalikhaa’ Zainal Abidin, telah mengadakan sesi Bean Bag, berkongsi mengenai isu kemiskinan kanak-kanak.

Pada 28 Mei 2024, Nur Zalikhaa’ telah menghadiri perbincangan meja bulat (RTD) yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan. Perbincangan tersebut tertumpu kepada isu kemiskinan kanak-kanak di Malaysia.

Perbincangan itu memberikan pandangan yang mendalam dan menyeluruh tentang kesan kemiskinan kanak-kanak terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial kanak-kanak, menekankan keperluan  untuk tindakan segera dalam menangani isu ini daripada berpanjangan.

Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇

FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com

#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama

Info Program

Lain-lain Lepas
28 Jun 2024
10:30am-
11:30am

Kongsi Program

Program Lain