Laporan kajian oleh MASA dapat perhatian agensi PBB

LAPORAN Institut Masa Depan Malaysia (MASA) mengenai impak dan kesan buruk projek penambakan Pulau Pinang Selatan (PSI), mendapat perhatian dalam laporan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azril Mohd Amin, berkata laporan itu yang menyentuh impak buruk projek terbabit terhadap hak ekonomi, sosial dan budaya masyarakat pesisir pantai di Pulau Pinang, mendapat perhatian UNHCR menerusi Laporan Pihak Berkepentingan untuk Semakan Berkala Sejagat Pusingan Ke-4 (UPR-4) Malaysia, baru-baru ini.

Mengulas lanjut katanya, MASA yang menjadi badan pemikir pertama di negara ini menyediakan laporan itu, mengenengahkan intipati cabaran bakal dihadapi komuniti tempatan yang terjejas akibat projek terbabit, selain menyerlahkan hak mereka yang bakal dicabuli dalam platform lebih luas.

“Mengikut Perkara 113 laporan UNHRC ‘Pembangunan, Alam Sekitar, Perniagaan dan Hak Asasi Manusia’, ia menekankan kebimbangan MASA mengenai kesan projek mega tebus guna tanah dan kurangnya perundingan awam dalam proses membuat keputusan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Search

Kongsi Artikel

Artikel Lain

Siaran Media
KENYATAAN MEDIA HARI ANTIRASUAH ANTARABANGSA 2024 9 DISEMBER 2024 Tema Hari Antirasuah Antarabangsa...
Artikel
Oleh Muhammad Haqimie Aiman Rosli WARISAN budaya bangsa adalah elemen terpenting dalam memupuk...
Artikel
Oleh Mohamed Azmi Mohd Rasheed Khan Ketika Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan Ke-67 tahun...
Artikel
Oleh Khairul Syakirin Zulkifli One of the most important reforms critical for short-term...