#RuangBelia: Dari Tahu ke Tindak – Lawan Rasuah!

11 Julai 2025 |
Program Lepas

Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan sukacitanya menjemput anda ke sesi wacana #RuangBelia: Dari Tahu ke Tindak – Lawan Rasuah!, sebuah platform dialog belia yang memberi fokus kepada usaha meningkatkan kesedaran dan keberanian anak muda dalam memerangi rasuah.

Majlis ini akan menampilkan Ucaptama istimewa oleh YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, tokoh ilmuwan bahasa dan pemikir kebangsaan yang akan mengetengahkan peranan nilai, integriti dan jatidiri dalam membentuk generasi bebas rasuah.

Program ini juga akan menggabungkan pandangan segar daripada golongan muda, penggerak masyarakat serta penggiat advokasi antirasuah dalam sesi dialog yang penuh bermakna.

📍 Tarikh: 11 Julai 2025 (Jumaat)
📌 Lokasi: Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam
Masa: 10:00 pagi – 12:30 tengah hari

📢 Pendaftaran kini dibuka! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada gelombang perubahan ini.

🔗 Daftar Sekarang: https://bit.ly/RuangBeliaLawanRasuah
📅 Tarikh Akhir Pendaftaran: 9 Julai 2025 (Rabu), jam 5 petang

Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇

FB/IG/X/LinkedIn : @institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com

#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama

Search

Info Program

Program Lepas
11 Julai 2025
10:00am-
12:30pm

Kongsi Program

Program Lain

3 Sep 2025
Program Lepas
Bengkel Penulisan Ringkasan Dasar MPDP 3.0 Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan...
4 Sep 2025
Program Lepas
MAJLIS PENGANUGERAHAN GERAN PENYELIDIKAN MPDP 3.0 Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan meraikan...
11 Jul 2025
Program Lepas
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan sukacitanya menjemput anda ke sesi wacana #RuangBelia: Dari...
24 Feb 2025
Program Lepas
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan #RuangTokoh: Perlembagaan dan Isu Semasa, sebuah sesi...