Tinjauan Penyelidikan Dan Sesi Ramah Mesra Di Pusat Pembangunan Minda Insan (Ppmi) Kg. Hidayat, Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah.

Pada 16 Disember 2021, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah berkesempatan membuat satu lagi tinjauan penyelidikan ke sebuah Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) yang terletak di Kg. Hidayat, Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah.

Pulau Bum Bum terletak kira-kira satu kilometer dari timur bandar Semporna dan dipisahkan dari daratan oleh Terusan Tando Bulong.

Perjalanan ke Pulau Bum Bum mengambil masa 10 minit dengan menaiki bot. Seterusnya, kami mengharungi sebuah titi kayu daif dan usang sejauh lebih kurang 600m. Sebaik tiba, kami disambut oleh guru dan hampir 150 orang pelajar yang sedang mengikuti kelas pembelajaran.

PPMI memberi fokus utama kepada kumpulan sasar iaitu Anak-anak Etnik Minoriti dan Miskin Luar Bandar Sabah yang terpinggir daripada program pembangunan aliran arus perdana negara melalui aktiviti teras pembangunan modal insan iaitu Pendidikan Asas, Latihan Kemahiran Untuk Hidup, dan Latihan Kemahiran Kesukarelawanan.

Sepanjang tinjauan penyelidikan ini, warga MASA berasa kagum dan terinspirasi dengan kesungguhan serta komitmen komuniti PPMI yang menitikberatkan pendidikan anak-anak dalam komuniti mereka di sebalik kekurangan yang dihadapi.

Di kesempatan ini juga, MASA telah menyerahkan sumbangan berbentuk buku, alat tulis dan makanan. Kami turut mengalu-alukan pihak yang berminat untuk menyumbang kepada PPMI agar dapat menghubungi MASA.

Info Program

Sesi Perbincangan Terarah Lepas
16 Disember 2021

Kongsi Program

Program Lain