Bersama menyambut Hari Bumi Antarabangsa 2023 🌏

Bersama menyambut Hari Bumi Antarabangsa 2023 🌏

 

Bumi kini mengalami kerosakan teruk akibat pelbagai faktor seperti perubahan iklim, pencemaran, penebangan hutan dan bencana buatan manusia. Memandangkan dunia masih dalam proses pemulihan kesan pandemik COVID-19 yang berpanjangan, negara kita perlu menumpukan perhatian kepada usaha penjagaan alam sekitar serta mengutamakan pertumbuhan dan pembangunan yang mampan.

 

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) di bawah Pemboleh Daya 7 : Kelestarian mencadangkan terdapat keperluan yang mendesak untuk meningkatkan usaha-usaha mengangkat kelestarian dalam perancangan dan dasar kerajaan. Hal ini kerana, pihak kementerian dan agensi kerajaan masih kurang memberi penekanan kepada pemeliharaan alam sekitar dan penggunaan sumber yang cekap.

 

Sempena Hari Bumi Antarabangsa 2023, MASA menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati dan menjayakan matlamat Pemboleh Daya 7 WKB2030 demi kelestarian alam sekitar dan kemampanan pembangunan sosioekonomi.

 

SPV 2030 : https://bit.ly/41iwXuG

UN SDG : https://sdgs.un.org/goals

 

Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial📱⬇️

 

Facebook : institutmasa

Twitter : institutmasa

Instagram : institutmasa

LinkedIn : institutmasa

 

#MASA

#MakmurBersama

#MASAuntukMakmurBersama

Search

Kongsi Artikel

Artikel Lain

Artikel
Oleh Mohamed Azmi Mohd Rasheed Khan Pendidikan adalah instrumen paling berkuasa dalam pembinaan...
Artikel
Oleh Solahuddiin Ismail Mina MESKIPUN Malaysia mempunyai majoriti Muslim, sentimen negatif terhadap Islam...
Artikel
Oleh Mohamed Azmi Mohd Rasheed Khan With Malaysia moving towards compulsory secondary education,...
Siaran Media
KENYATAAN MEDIA HARI WANITA ANTARABANGSA 2025 8 MAC 2025 Bersempena dengan Hari Wanita...