Webinar Belanjawan 2025: Merapatkan Jurang Sosioekonomi Untuk Masyarakat Terpinggir

23 Oktober 2024 |
Program Lepas

Pada 23 Oktober 2024 telah berlangsungnya webinar ‘Belanjawan 2025: Merapatkan Jurang Sosioekonomi Untuk Masyarakat Terpinggir’ di aplikasi Zoom dan akaun Facebook Institut Masa Depan Malaysia (MASA).

MASA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan ahli panel dan moderator yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi pandangan tentang cabaran utama yang dihadapi oleh masyarakat terpinggir Bumiputera di Malaysia.

Menerusi perbincangan webinar tersebut, Belanjawan 2025 membawa komitmen Kerajaan untuk memperkukuh ekonomi rakyat dan negara melalui pendekatan yang menyeluruh. Perhatian yang berterusan harus diberikan kepada golongan rentan di Malaysia bagi memastikan dasar, program, dan pelan tindakan yang dibentangkan dapat menyokong masyarakat terpinggir, demi memastikan pembangunan yang adil dan seimbang.

Terima kasih juga buat semua peserta yang hadir dan memeriahkan lagi sesi webinar ini. Semoga anda semua mendapat manfaat. Jumpa lagi pada sesi webinar yang akan datang.

Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇

FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman Sesawang : https://institutmasa.com

#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama

Search

Info Program

Program Lepas
23 Oktober 2024
10:00am-
12:00pm

Kongsi Program

Program Lain

Please select listing to show.