Sesi Tertutup Perbincangan Meja Bulat Pemerkasaan Undang-Undang Syariah: Meneroka Jalan Ke Hadapan

Pada 27 Februari 2024, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) telah menganjurkan satu sesi tertutup Perbincangan Meja Bulat bersama pakar-pakar perundangan dan ilmuwan Islam bagi melestarikan kepatuhan pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan Hukum Syarak, sekaligus melaraskan bidang kuasa di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Antara yang hadir pada sesi tersebut adalah :
1. YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Marzuki Mohamad, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut MASA dan Pensyarah di Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;
2. YBhg. Dato’ Mohamad Asri Abdullah, Mantan Ketua Hakim Syarie Perak;
3. YBrs. Dr. Nurul Haq Shahrir, Pakar Rujuk Syarak dan Agama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
4. YBrs. Dr. Fauziah Mohd. Noor, Pensyarah Kanan Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia;
5. YBrs. Dr. Fatimah Yusro, Pensyarah Universiti, Pusat Kajian Undang-Undang Malaysia & Perbandingan, Universiti Kebangsaan Malaysia;
6. YBrs. Encik Lukman Sherif Alias, Co-Managing Partner, ZUL RAFIQUE & Partners; dan
7. YBrs. Encik Mohd Shukri Ahmad Mansor, Partner, Asmah Shukri & Co.

Sesi perbincangan tersebut turut disertai oleh YBrs. Encik Azril Mohd Amin selaku Ketua Pegawai Eksekutif MASA.

Sesi anjuran MASA ini memberikan tumpuan kepada perbincangan terhadap kepincangan undang-undang yang perlu diperbetulkan dengan segera.

Menerusi sesi perbincangan tersebut, terdapat beberapa permasalahan yang telah digariskan dan diikuti bersama cadangan-cadangan yang boleh diusahakan untuk melestarikan dan melaraskan undang-undang di Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini MASA melalui media sosial 📱⬇
FB/IG/X/LinkedIn : institutmasa
Laman sesawang : https://institutmasa.com

#MASA
#MakmurBersama
#MASAuntukMakmurBersama

Search

Info Program

Sesi Perbincangan Terarah Lepas
27 Februari 2024
10:00am-
12:30pm

Kongsi Program

Program Lain

11 Jul 2025
Program Lepas
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan sukacitanya menjemput anda ke sesi wacana #RuangBelia: Dari...
24 Feb 2025
Program Lepas
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan #RuangTokoh: Perlembagaan dan Isu Semasa, sebuah sesi...
28 Feb 2025
Program Lepas
Institut Masa Depan Malaysia (MASA) akan menganjurkan sesi wacana bertajuk 'Masa Depan Ekonomi...
23 Oct 2024
Program Lepas
Pada 23 Oktober 2024 telah berlangsungnya webinar 'Belanjawan 2025: Merapatkan Jurang Sosioekonomi Untuk...