#16 : Pengukuhan Kesejahteraan Masyarakat Menurut Perspektif Kepelbagaian Ciri Demografi

Salah satu aspek yang menjadi penentu kepada pembangunan sesebuah negara adalah tingkat kesejahteraan masyarakat. Kesejahteraan masyarakat akan mencorakkan keharmonian dan kemakmuran negara. Namun, pandemik Covid-19 telah memberi natijah kepada kualiti kesejahteraan masyarakat dalam pelbagai aspek. Menyedari peranan kesejahteraan masyarakat yang signifikan kepada pembangunan negara, maka ringkasan polisi ini akan menelusuri perbincangan kesejahteraan masyarakat dengan lebih lanjut meliputi impak pandemik Covid-19 terhadap kesejahteraan masyarakat, kesejahteraan dan demografi, kesejahteraan masyarakat menuju ke arah pasca pandemik dari perspektif masyarakat di Malaysia, analisis dasar dan inisiatif berkaitan kesejahteraan masyarakat di Malaysia dan cadangan tindakan untuk mengukuhkan kesejahteraan masyarakat. Diharapkan cadangan dan ringkasan polisi ini dapat menjadi panduan kepada pihak yang berkaitan untuk merangka dan melaksanakan dasar berkaitan kesejahteraan masyarakat bagi mencapai matlamat kemakmuran negara dan keterangkuman masyarakat.

Search

Kongsi Artikel

Artikel Lain

Siaran Media
KENYATAAN MEDIA HARI ANTIRASUAH ANTARABANGSA 2024 9 DISEMBER 2024 Tema Hari Antirasuah Antarabangsa...
Artikel
Oleh Muhammad Haqimie Aiman Rosli WARISAN budaya bangsa adalah elemen terpenting dalam memupuk...
Artikel
Oleh Mohamed Azmi Mohd Rasheed Khan Ketika Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan Ke-67 tahun...
Artikel
Oleh Khairul Syakirin Zulkifli One of the most important reforms critical for short-term...