#22 : Input Polisi Bagi Penyelesaian Kemiskinan Situasi untuk Keperluan Pelan Pemulihan Negara (MPN)

Impak wabak COVID-19 telah membentuk satu jenis kemiskinan yang jarang kita sedari, iaitu kemiskinan situasi atau situational poverty. Apa yang dibimbangkan ialah terbentuknya kemiskinan situasi dalam skala besar di Malaysia. Andaian ini ada asasnya, kerana menurut World Bank, dijangkakan seramai 40 juta hingga 60 juta pertambahan individu menjadi miskin di seluruh dunia akibat dari wabak COVID-19. Dengan mempertimbangkan senario tersebut, kertas ini memberi tumpuan untuk 1) menganalisis cabaran yang dihadapi untuk keluar dari kemiskinan situasi; dan 2) menyediakan cadangan input polisi bagi penyelesaian kemiskinan situasi untuk keperluan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh kelompok miskin situasi untuk keluar dari kemiskinan situasi, kertas ini mendapati sembilan (9) cabaran utama yang dihadapi dan diperoleh daripada pelbagai pemegang taruh. Kertas ini turut memberi cadangan input polisi bagi penyelesaian kemiskinan situasi untuk keperluan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Secara berstruktur dengan mengelompokkan kepada tiga (3) tempoh masa yang berbeza, iaitu 1) jangka masa pendek (1 hingga 6 bulan), 2) jangka masa sederhana (7 hingga 12 bulan), dan 3) jangka masa panjang (setahun dan lebih). Senarai cadangan ini adalah untuk dipertimbangkan dan dimasukkan ke dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Search

Share Article

More Article

Media Release
MEDIA STATEMENT MPDP 3.0 RESEARCH GRANTS UP FOR GRABS 3 MARCH 2025 KUALA...
Media Release
MEDIA STATEMENT MASA COMMITTED TO EMPOWERING BUMI AGENDA TOWARDS A MORE INCLUSIVE FUTURE...
Media Release
MEDIA STATEMENT MASA IN CONJUNCTION WITH INTERNATIONAL ANTI-CORRUPTION DAY 2024 9TH DECEMBER 2024...
Article
By Muhammad Haqimie Aiman Rosli WARISAN budaya bangsa adalah elemen terpenting dalam memupuk...