Salah satu aspek yang menjadi penentu kepada pembangunan sesebuah negara adalah tingkat kesejahteraan masyarakat. Kesejahteraan masyarakat akan mencorakkan keharmonian dan kemakmuran negara. Namun, pandemik Covid-19 telah memberi natijah kepada kualiti kesejahteraan masyarakat dalam pelbagai aspek. Menyedari peranan kesejahteraan masyarakat yang signifikan kepada pembangunan negara, maka ringkasan polisi ini akan menelusuri perbincangan kesejahteraan masyarakat dengan lebih lanjut meliputi impak pandemik Covid-19 terhadap kesejahteraan masyarakat, kesejahteraan dan demografi, kesejahteraan masyarakat menuju ke arah pasca pandemik dari perspektif masyarakat di Malaysia, analisis dasar dan inisiatif berkaitan kesejahteraan masyarakat di Malaysia dan cadangan tindakan untuk mengukuhkan kesejahteraan masyarakat. Diharapkan cadangan dan ringkasan polisi ini dapat menjadi panduan kepada pihak yang berkaitan untuk merangka dan melaksanakan dasar berkaitan kesejahteraan masyarakat bagi mencapai matlamat kemakmuran negara dan keterangkuman masyarakat.
#16 : Pengukuhan Kesejahteraan Masyarakat Menurut Perspektif Kepelbagaian Ciri Demografi
- MASA Policy Development Programme, Policy Brief
Share Article
More Article
Media Release
MEDIA STATEMENT RESEARCH GRANT AWARD CEREMONY MASA POLICY DEVELOPMENT PROGRAM (MPDP) 3.0 4...
Article
By Nur Zalikhaa' Zainal Abidin MALAYSIA’S fight against tobacco is entering a troubling...
Article
By Muhammad Iman Khidir Tarmidzi TATKALA Malaysia melakar sebuah perancangan jangka sederhana melalui...
Article
By Azril Mohd Amin Sejarah membuktikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi Malaysia adalah...